
*Nomei-nomei.
Perabot dalam rumah ini kelihatan bersinar. Kabus pun ada sikit-sikit. I di atas katil yang penuh dengan rose petals. Merah. Tangan I digari ke besi katil. Badan I berminyak. Bau macam Body Shop. I hanya mengenakan spenda kulit hitam. Malu pun ada. Tapi, tak termampu I nak buat apa-apa. Tangan tak boleh bergerak.
Kat mana I ni? Kenapa bilik ni luas? Mana remote air-cond? Sejuk ni.
Tiba-tiba, terdengar bunyi tapak kaki. I pandang ke arah bunyi tersebut. Kabus tebal sangat. Baru nampak sikit-sikit. Nampak dada dia sahaja.
Wow, seorang gadis cantik memegang cemeti dan berpakaian tema kulit harimau bintang berjalan ke arah I. Pakaian belanja habis. Muka make-up tebal. Bibir merah darah. Rambut blonde. Kasut tumit tinggi warna merah. Mungkin ni budak IPTA berdekatan.
I berdoa kepada Tuhan supaya dia mempunyai niat yang baik. Maybe nak sembang saja kan? Bersangka baik adalah sifat terpuji.
Phiisssh!
Cemeti itu dilibas. "Tak macam niat baik ni," I kata dalam hati sambil telan air liur, "Gulp."
"John…John…John…"
Panggil biasa-biasa dah la. Tak perlu lembut-lembut. Boleh mengundang maksiat.
"Hafiz…"
Phisssh!
Dia tahu nama penuh I.
"Yes?" Nampak, I masih mampu tenang.
Dia berdiri betul-betul sebelah I. Jemarinya perlahan-lahan menari atas perut rata I.
"John Hafiz," dia pandang tepat mata I, "I dah lama gewwam dengan you."
Erk. I suka keberanian dia. Tak banyak gadis yang berani bersuara tentang keinginan mereka.
Dia meletakkan cemeti tadi di sebelah kaki I. Dia senyum pada I. Mungkin gewwamnya telah memuncak. Takut mula menguasai diri I. Dalam takut, I masih curi-curi pandang dada dia. Ah, kalau lah tangan I tak digari. Suddenly, dia panjat naik atas katil. Denver mula berdenyut. Dalam bilik berkabus ni, macam-macam boleh jadi. Tambah pula bila si lelaki hanya memakai spenda kulit hitam ditemani gadis ala wildlife.
Dia senyum.
Semakin dekat dia merapatkan tubuhnya pada I. Peliknya, walaupun I tak kenal dia, I tak meronta.
Dia angkat tangan kanannya. Dengan badan yang sedikit senget, dia buat bunyi, "Roarrrrr," sambil menggoyangkan tapak tangan yang dibuat ala harimau. Kononnya gewwam.
Dengan tenang, I cakap pada dia, "Make it fast."
Dia angguk. Sebolehnya I nak tanya nama. Tapi, bila difikirkan balik, bukan I nak ingat sangat pun nama dia. Bekas kekasih I pun I panggil ikut nombor sahaja. Tu pun kadang-kadang mengelirukan.
Dia mendekatkan bibirnya pada badan I. Adakah dia akan menggigit? Mintak-mintak tidak.
Matanya memandang ke atas. Tepat pada mata I. Tapi, bibirnya semakin rapat dengan perut I. I cuba mengempiskan perut sekempis mungkin. Kalau I cuba bercakap, perut I akan kembung dan akan kembali rapat dengan bibirnya. Tak terdaya, I hanya muncungkan bibir dan menggeleng.
"Blup, bluppp, bluuuuup, bupp, blup, bluuuuup." Ah, gelinya. "Bluuuuup, bupp, blup, bluuuuup."
Dia buat getaran bibir di atas perut I. Gelinya, hanya Tuhan yang tahu. Aduh, mesti melekat bekas lipstick atas perut I. Berminyak.
Oleh kerana terlampau geli, I hanya mampu ketawa.
Ketawa makin panjang, makin hilang nafas. "Enough, enough, enough," I kata diselang-selikan dengan ketawa. Dia makin menjadi. "Blup, bluppp, bluuuuup, bupp, blup, bluuuuup," tak henti-henti. Bergema satu bilik.
Tak tahan dengan geli, I nekad menjerit, "SUDAH!"
I terbangun. I bukak mata. Tangan I sudah tak digari. I pandang kiri dan kanan, I pasti I dalam bilik rumah agam I. Syukur, tiada lagi harimau bintang geli-geli.
I intai seluar bawah selimut. "Oh, mimpi basah rupanya. Ihiks."
I turun dari katil untuk tukar seluar pendek sutera yang baru. Kalau tak tukar, pagi nanti seluar tu keras. Tak selesa tidur.
Dengan sepasang seluar pendek sutera yang fresh, I naik balik atas katil. Sebelum padam lampu tepi katil, I pandang susuk tubuh di sebelah I. I usap rambutnya perlahan. Dia bergerak sedikit namun tiada tanda seakan tidurnya terganggu. I senyum. Comel pula bila dia tidur diam tak meminta duit. Sambil memadamkan lampu, terdetik dalam hati I, "Dia jauh lebih cantik dari harimau bintang tadi. Hanya terjadi pada John Hafiz, realiti lebih indah dari mimpi."
Pap, lampu padam.
5 comments:
boleh buat telenovela nih...terbaeeekkkkk...siyal..ingatkan betul td...
Nak harammm!!
dia tak penah betui aihh..
hahaha
Suhweet nyew...
realiti lebih indah dari mimpi, hang mmg setail...
Post a Comment