Hari ahad i biasanya memang amazing. Siapa tak kenal dengan hari ahad i? Tak ramai yang mampu melalui hari ahad macam yang i lalui. Raja-raja berpelembagaan pun jarang-jarang dapat.
Tapi semalam hari ahad i sedikit berbeza perjalanannya. Pukul 7 pagi i dah tersedar dari tidur. Disebabkan i tak ada plan apa-apa hari itu, i bergolek-golek atas katil i yang seluas 40 x 37 kaki. Sepanjang i bergolek atas katil, ada dalam 11-12 awek pelbagai bangsa juga kena gelek dengan i. Sambil itu i fikirkan program-program interesting yang i rasa nak buat. Nasib baik otak i cerdas. Tak sampai 2 minit, i dah ada 127 rancangan yang boleh dipertimbangkan.
Sekawan burung Cenderawasih terbang riang di dalam bilik i. I buat satu panggilan kepada orang gaji i yang paling setia.
"JH, hantarkan i kenderaan sekarang!"
"Sat lagi depa sampai, bos..." jawab orang gaji i dengan suara kasar yang buruk.
Dalam masa 30 saat, sebuah kereta berbentuk belimbing yang dipacu dua ekor kuda muncul masuk ke bilik i yang seluas 1.3 hektar. I senyum sambil kepala senget.
I masuk ke dalam kereta kuda belimbing. Kereta kuda belimbing i mula bergerak perlahan-lahan. Dari cermin sisi kereta kuda belimbing i, kelihatan awek-awek yang tersedar dari lena berlari-lari mengejar dari belakang. Nasib baik i takde mood nak tumbuk muka mereka satu persatu. Perangai macam Disneyland.
Pagi-pagi i sememangnya dimulakan dengan aktiviti bersenam. Di padang senaman i dah tersedia 200 biji bola, tiang gol dan dinding pertahanan palsu setinggi 6 kaki 5 inci. I bersenam membuat sepakan percuma lencong. Setelah 50 sepakan sempurna, i bosan.
"JH, bawakan David Beckham kepada i sekarang!"
"Baik bos. Sat lagi dia sampai..." jawab orang gaji i sayup-sayup kedengaran. I dah jauhkan telefon dari telinga i awal-awal. Tak sanggup i nak dengar suaranya.
Sementara menunggu David Beckham, i bersarapan sejenak sambil membaca paper. Benda merepak apa entah yang chef i masak. Chocolate Blueberry with 2K Diamonds ada tiga biji dalam pinggan. Serta-merta i karate kuih bulat-bulat itu. Rimas i tengok. Chef Gordon Ramsay intai dari tingkap dapur dengan air mata bergenang.
I sambung baca paper sambil menghirup segelas susu. Bila i geleng-gelengkan kepala, gadis pemberi minum jauhkan gelas susu dari mulut i. I selak paper satu persatu. Macam neraka. Balik-balik berita miskin, susah dan terbakar. I mula rimas kembali. I telefon JH lagi.
"JH, mana paper yang banyak gambar awek tu? U tak beli ke?"
"Paper tu hari ahad, bos. Hari ni hari khamis." jawab JH konfiden yang mana perkara paling i menyampah dalam dunia komunikasi. Konfiden yang buruk bunyinya.
"Hari khamis? Astarghfirullah..."
Hasil tulisan Pipiyapong. Crossover pertama kami. Untuk hasil dari otak I, pi blog Pipi - JOHN HAFIZ